Tuesday 21 August 2012

Pilihan perabot ruang tamu

Sebelum membeli pastikan anda dilengkapi beberapa panduan supaya perabot bersesuaian dengan keperluan

MEMANG seronok apabila berpeluang membeli set perabot baru untuk ruang tamu namun ia memerlukan perbelanjaan agak besar terutama bagi yang berpendapatan sederhana.
Mengenangkan itu, wajarlah kita bersikap cerewet sebelum membuat keputusan memiliki sesuatu perabot.

Sebelum melangkah ke kedai perabot, pastikan anda dilengkapi beberapa panduan yang boleh membantu memiliki baik ruang tamu bersih dan kemas mahupun sekadar selesa namun berfungsi. Perlu diingatkan, harga mahal tidak semestinya barang berkualiti. Manakala, perabot murah mungkin memerlukan anda menukarnya semula dalam tempoh singkat penggunaan.

Beberapa ciri yang perlu diambil tahu pembeli dan pengguna ketika membuat pilihan dan membeli perabot antaranya;

1) Tahap Kegunaan

Mengenal pasti tahap kegunaan perabot di ruang tamu. Misalnya, adakah sofa itu untuk kegunaan keluarga beristirehat dan menonton TV atau perabot berkenaan jarang digunakan. Jika kerap digunakan, pastikan sofa dipilih tahan lasak bagi menerima apa juga bebanan yang dikenakan ke atasnya. Ukuran sesuai adalah yang boleh menampung berat pelbagai saiz dan kumpulan manusia.
Sofa warna terang menarik tumpuan.

2) Kesesuaian Gaya

Anda perlu mengenal pasti gaya yang sesuai dengan keperluan konsep reka bentuk ruang anda. Pilihan sofa yang bertepatan dengan gaya yang dipilih antaranya:

i. Gaya moden menampil gaya sofa rendah dan rata selain nampak bersih dan minimal

ii. Gaya klasik menampilkan gaya sofa melengkung, berukir dan berukuran besar
Rangka kayu keras tahan lama.

iii. Gaya tradisional menampilkan gaya tradisi etnik tertentu yang menggunakan bahan kayu

iv. Gaya resort dan kedesaan menampilkan sofa daripada anyaman serta bahan semula jadi

3) Keselesaan

# Tahap keselesaan sofa bergantung kepada keanjalan dan kelembutan kusyen. Tentukan sama ada hendak memilih jenis kusyen yang melekat atau terasing.

# Ukuran sofa dari segi keselesaan antropometrik dan ergonomik dapat diketahui dengan dengan cara duduk di atas sofa berkenaan bagi bagi menguji tahap keselesaannya.

# Kenal pasti bahan digunakan sama ada ia campuran bahan berbusa (foam), gentian atau kekabu. Pengisian bahan berbusa adalah terbaik kerana dapat mengekalkan bentuk selain memberi sokongan yang kuat.

4) Pilihan Warna


# Pilihan warna terang digalakkan kerana ia mampu menarik tumpuan.

# Warna semula jadi adalah pilihan sempurna kerana mudah digabungkan dengan perabot lain.

# Cara terbaik adalah sofa utama mengekalkan warna sama manakala aksesori dan hiasan sampingan seperti kusyen boleh dalam berbilang corak dan warna.

# Kelebihan mengetengahkan upholsteri bercorak bukan saja merangsangkan suasana ruang tamu tetapi mampu menutup kekotoran di sofa.

5) Kesesuaian Ruang

# Satu kesilapan utama membeli perabot ialah kerana tertarik dengan tawaran jualan murah tanpa membuat perbandingan kesesuaian dengan luas ruang rumah.

# Yang menyedihkan apabila saiz perabot tidak boleh muat walaupun pada pintu rumah.

# Pastikan saiz dan dimensi serta ukuran lebar, tinggi dan panjang perabot diketahui bersama dengan ukuran maksimum ruang rumah anda.

6) Ketahanan Fizikal

# Selain ketahanan struktur perabot, ketahanan bahan fabrik juga penting. Fabrik jenis jacquard paling tahan. Bahan pelindung fabrik pula berfungsi menjaga fabrik bukan ketahanan fabrik.

# Periksa perabot yang hendak dibeli - ambil masa untuk memeriksa dari segi pembinaan struktur rangka perabot. Sofa tahan lama biasanya menggunakan kayu keras sebagai rangka biarpun ia menyebabkan perabot itu berat diangkat.

# Tunggang terbalikkan perabot yang hendak dibeli untuk mengetahui kekuatan dan kestabilan sofa.

# Duduk dan rasai sofa yang hendak dibeli seperti yang biasa dilakukan ketika di rumah kerana ia membantu anda membuat analisis mengenai tahan keselesaan dan ketahanannya. Pelawa juga keluarga untuk mencubanya.
Sumber : Berita Harian
 

Jimat Wang Ketika Membeli-Belah


Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan   harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.

Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:
* Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih  jenama barangan tertentu.

* Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.

* Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.
* Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.

* Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.

* Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.

* Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet.

Makanan Segera: Buruk Untuk Kesihatan


Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.
Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang  digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Tabungan


Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh. Biasanya jumlah yang dicadangkan ialah 30 peratus daripada jumlah pendapatan.Tabiat ini bertujuan menggalakkan simpanan untuk masa depan mengurangkan sikap suka berhutang dan serta memupuk sikap berjimat cermat di kalangan para pengguna.

Walau banyak mana pun wang yang diperoleh, jika kita tidak merancang kewangan dengan betul, segala wang yang di peroleh akan 'hilang' begitu sahaja. Amat penting untuk kita merancang perbelanjaan harian dan bulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiap bulan kita ada menabung wang di dalam akaun simpanan sebagai jaminan masa depan selain untuk kegunaan saat-saat yang tidak diduga.

Mengapa seseorang itu perlu menabung:

• Persediaan ketika memerlukan atau sesuatu perbelanjaan di luar jangkaan. Misalnya untuk keperluan kesihatan, kecemasan dan sesuatu yang tidak dijangka.

 • Simpanan hari tua atau apabila bersara. Untuk tujuan itu sejumlah wang yang mencukupi diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan menyara perbelanjaan keluarga.

•  Tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah, pembelian hartanah atau dijadikan modal permulaan untuk menjadi seorang usahawan.

• Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain.

Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbaspulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 2 peratus hingga 4 peratus.

Antara kelemahan menabung di bank ialah:

• Pulangan yang didapati adalah rendah berbanding dengan pelaburan alternatif yang lain.

• Dalam keadaan inflasi, tabungan di bank tidak mampu untuk melindungi susut nilai mata wang.

• Wang dalam akaun simpanan terlalu mudah cair dan mudah untuk dikeluarkan pada bila- bila masa mengikut kemahuan anda. Sekiranya tidak mempunyai disiplin yang kuat, wang simpanan mungkin akan habis begitu sahaja.

Antara kebaikan menabung di bank ialah:

• Namun di sebalik kelemahan itu, terdapat beberapa kebaikan menabung di bank. Antaranya ialah simpanan di bank lebih berisiko rendah, paling selamat dan pengembalian wang adalah terjamin. Selain boleh menabung serta merancang tabungan, simpanan juga boleh diletakkan di tempat yang selamat. Di pasaran, banyak bank-bank yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan.

• Selain daripada tabungan di bank, perlu juga mempelbagaikan pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik dalam jangka waktu tertentu selaras dengan matlamat kewangan masing-masing. Menabung untuk pelaburan merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan. Yang penting pilihlah bentuk pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Elakkan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak dijamin oleh kerajaan malah merugikan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan pulangan lumayan yang ditawarkan kerana biasanya pelaburan jangka pendek yang menawarkan perolehan lumayan sebenarnya memerangkap anda. Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika membuat pelaburan wang anda.

Tip urus kewangan elak pokai lepas raya

BIAR banyak atau sedikit, peruntukan kewangan penting bagi mempersiapkan diri menghadapi Aidilfitri. Pakaian baru, peruntukan duit raya, kos perjalanan pulang ke kampung hinggalah juadah makanan - semuanya menjadi bajet yang perlu diberi perhatian.

Bagi mereka yang berkemampuan, tidak timbul masalah baik sebelum atau selepas hari raya. Namun, bagaimana pula mereka yang tidak berhemah ketika berbelanja atau memiliki tabungan yang cukup selepas cuti raya?

Perunding Kredit di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Nasir Mustafa bagi meminta pandangan beliau mengenai isu bajet raya.

Mohd Nasir berkata, tidak timbul masalah kewangan andai seseorang membuat perancangan lebih awal.

Beliau berkata, tempoh setahun untuk menyambut Aidilfitri berikutnya dianggap mencukupi untuk mengumpul bajet kewangan, sekali gus terhindar daripada bebanan hutang dan krisis kewangan.

“Selama 12 bulan dalam setahun, mustahil kita tidak boleh menyimpan sedikit pendapatan bulanan. Memanglah sukar jika kita terpaksa mengasingkan sedikit pendapatan bulanan. Namun, jika dikaji kesannya, tidakkah ia menguntungkan kita?” katanya.

Mohd Nasir berkongsi huraian dan langkah alternatif bagi memastikan anda tidak terbeban dengan hutang pada musim perayaan.

Apa kaedah pengurusan kewangan terbaik ketika menyambut musim perayaan seperti Aidilfitri?

Dalam seronok menyambut Aidilfitri, masih ramai yang alpa hingga tidak mengambil kira soal kepentingan berjimat dan menguruskan kewangan.

Tempoh setahun sekali menyambut hari raya, sepatutnya kita mempunyai simpanan khusus sebagai tabungan. Melalui tabungan inilah kita boleh membeli pakaian dan persiapan lain.

Boleh anda jelaskan konsep tabungan yang dimaksudkan?

Kita harus mengamalkan konsep simpanan musim perayaan serta menetapkan nisbah 70/30 dalam keseluruhan jumlah pendapatan bulanan.

Tujuh puluh peratus purata itu merangkumi perbelanjaan dan bayaran wajib setiap bulan. Manakala baki 30 peratus sebagai simpanan. Tidak kira sama ada simpanan pelaburan, amanah saham atau caruman, ia sedikit sebanyak membantu kita dalam aspek tabungan jangka masa panjang.

Kad kredit dianggap alternatif paling mudah dalam mengurai kekusutan bajet kewangan menyambut Aidilfitri. Komen anda?


Kad kredit memang berkuasa dalam membantu menyelesaikan masalah dalam tempoh mudah atau sekelip mata. Saya tidak menyalahkan kad kredit.

Sama juga dengan dadah. Jika dalam kuantiti sedikit, ia boleh membantu, bagaimana pula kesannya andai disalah guna? Begitu juga kad kredit yang boleh membebankan dalam tempoh jangka masa panjang.

Seharusnya, kita segera membayar jumlah kredit yang dipinjam supaya tidak ada kos tambahan dan caj dikenakan.

Boleh berkongsi tip mengelak penggunaan kad kredit selain mengurangkan perbelanjaan musim perayaan?

Caranya cukup mudah. Tinggalkan saja kad kredit di rumah. Apabila ke pasar raya, elak menggunakan troli, sebaliknya ambil bakul. Biarpun dua benda yang sama, tetapi secara psikologi menyaksikan kita hanya mengambil barang yang perlu saja.

Dari segi had perbelanjaan kad kredit, kita boleh mengarahkan pihak bank mengurangkan jumlah had atau credit limit sebagai alternatif mengelak daripada terus menggunakan kemudahan itu.

Apa agaknya bahaya menggunakan kad kredit tanpa disedari?
Kita ambil contoh ini... Bayangkan, andai kita perlu membayar balik pinjaman RM5,000 mengikut jumlah minimum kad kredit. Ini akan mengambil masa lebih tujuh tahun untuk melangsaikannya... Inilah beban jangka masa panjang.

Situasi ini amat membahayakan terutama kepada generasi muda hari ini.

Kebanyakan daripada kita cenderung mengutamakan perbelanjaan menyambut Aidilfitri, bagaimana pula selepas cuti raya?

Itulah sebabnya tabungan amat penting. Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan. Bayangkan andai berlaku kecemasan yang memerlukan kita membelanjakan banyak wang.

Tidak dapat banyak, sedikitpun harus kita menabung... Jadikan ia suatu amalan.

TIP: Belanja berhemah:


    * Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
    * Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
    * Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat
    * Elak menggunakan kad kredit
    * Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
    * Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
    * Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
    * Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama
 
Sumber : Berita Harian 
 

Tuesday 14 August 2012

Ikuti kesah Dato Dr Fadzilah Kamsah dan Irfan Khairi dan ramai lagi

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!

Assalamualaikum kawan.....
  Sesi kali ini adalah saya ingin kongsikan mengenai ''Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia'' oleh sahabat kita yang berjaya iaitu Irfan Khairi yang berjaya ketika usianya mencecah 25 tahun bergelar jutawan muda..jadi dengan kejayaan yang dicapai olehnya kita boleh menjadikan ikon kepada kita dan membakar semangat kita untuk berjaya..
  BUKAN SENANG UNTUK JADI SENANG,BUKAN SUSAH UNTUK MENJADI SUSAH,
jadi kepada kawan-kawan selepas saya membaca Ebook dari saudara Irfan Khairi kesedikit sebanyak membantu saya untuk terus kedepan dan membuka minda untuk lebih berjaya..insyaallah yang peting kita perlu ikhlas untuk membuat apa-apa sekali pun.

janga lupa tengok lah diruangan ini..sekian..Syukran Jazakaallah khir...



Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!










Saturday 11 August 2012

Rahsia Si Kaya - Aliran Pendapatan Berganda


Oleh: Irfan Khairi

Apakah sebenarnya rahsia si kaya?
Apakah persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya raya?
Apakah strategi mereka dalammenambahkan pendapatan mereka?

Jawapannya adalah ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA atau bak kata mat salleh, "Multiple Streams of Income".
Aliran pendapatan berganda bermaksud untuk tidak bergantung kepadahanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca pendapatan sahaja, apakah akan terjadi sekiranya punca pendapatan tersebut terhenti?

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang bekerja dengan satu syarikat, dan oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan (seperti krisisekonomi kini), syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?

Sudah tentunya akan turut terhenti. Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan satu jenis perniagaan, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca tersebut terhenti?
Berapa bulan anda dapatmenampung kos kehidupan anda dengan simpanan yang sedia ada?

Bagi ramai antara kita, sekiranya kita lihat sinario ini,jawapannya amat mengejutkan. Mungkin wang simpanan yang kita adahanya dapat menampung kurang dari tiga bulan kos kehidupan kita.

"Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan."

Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus yang deras, oleh kerana lubang aliran keluar di dasar singki tersebut, air akan tetap keluar dan tidak dapat memenuhi singki itu.

Tetapi, bayangkan anda mempunyai singki yang mempunyai 4 pili.Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupunterdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak lama nanti,seluruh singki itu masih akan dipenuhui air sehingga melimpah -limpah.

Bayangkan setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda. Air yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan anda.

Perniagaan Internet membantu perniagaan tradisional anda


Oleh: Irfan Khairi
..Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
..Jawapan saya, sudah tentunya YA!
..Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
..Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:
..Laman web
....
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa?
..
Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.
..Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
..
Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
..BLOG
..
Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/), kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.
..
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya di 
http://www.irfankhairi.com/ di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
..Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog http://www.irfankhairi.com/ pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.
..Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
..YOUTUBE
..
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.
..
Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi "Broadcast Yourself!"
..Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.
..
Gunakan kreativiti anda!
..
FACEBOOK
..
Facebook.com adalah rangkaian kenalan social di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubung teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web facebook.
..
Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana perniagaan adalah hubungan antara pengguna dan perniagaan, friendster juga boleh digunakan dalam mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda.
..Apabila anda memulakan perniagaan, sudah pasti, anda perlu mengumumkan kepada semua kenalan anda mengenai perniagaan anda. Melalui facebook, anda dapat memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan anda, dan juga, kenalan kepada kenalan anda!
..Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan sedunia.
..Sebagai contoh, lawati http://www.halalgelatine.com/. Pemiliknya memiliki sebuah kedai kecil di bahagian basement KB Mall, Kelantan. Dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia!
..
Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

15 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”


Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?

Anda mungkin mempunyai produk 
atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepadaanda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan
dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orangramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya
membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka
dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” 
kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai
gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan
anda juga, ia adalah benar!

Itulah 
yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau
individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya.
Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat
bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat
rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.
Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana
untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belumtentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa:
Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda.
Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepala seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!
13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan.
Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di
dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan
anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

11) 
Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah:
Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggandan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

10) Tambah maklumat baru di laman 
web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation)
untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah
untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda.
Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan 
penggunaan kad perniagaan anda: Adakah andabiasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad,
pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?”
Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan andaLetakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang terterajenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain
tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve
Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

5) Melaburlah 
untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga
Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya.
Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantumempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda
contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka
mandi “bersama-sama” anda setiap hari?
2) Minta dan gunakan 
testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
1) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.
Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
.
Saya telah mendaftar untuk menghadiri kursus Marketing
Power anjuran pakar motivasi terkenal Malaysia, Dr Azizan Osman pada 3hb Oktober di JB.
Diharapkan melalui kursus ini saya akan dapat meningkatkan lagi skill no.1 dalam bisnes
iaitu jualan dan pemasaran.
Nantikan update daripada saya tentang kursus ini yang tentunya menarik dan berguna buat usahawan dan juga bakal usahawan yang ingin mengembangkan bisnes mereka sama ada secara online, offline mahupun kedua-duanya sekali.

5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan


.
1 Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.
.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif.
.
Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.
.
Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif. Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”.
.
Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan. Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah.
.
Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”
.
Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.
.2 Ambil tindakan
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
.
Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.
.
Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA. Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut.
.
Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.
.3 Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan
Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”.
.
Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita di sekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!
.
80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
.
Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.
.
4 Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan
Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting?
.
Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan. Jika anda mempunyai idea – tuliskan.
Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.
.
Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.
.5 Tetapkan matlamat dan impian
Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda.
.
Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.
.Saya harap 5 strategi di atas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan cepat.