Sunday 5 August 2012

Doa Malaikat kepada Pemberi Sumbangan


  Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Pada setiap waktu pagi, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata: 'Ya Allah! berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah suatu gantian.' Kemudian berkata malaikat yang kedua: 'Ya Allah! berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah akan kebinasaan.' "

                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Martabat hadith: Sahih

Kesimpulan:

   Hadith ini memberi satu galakan agar kita keluarkan sedikit dari wang untuk disedekahkan kepada jalan Allah. Wang yang kita perolehi itu adalah rezeki yang Allah berikan pada kita. Janganlah kita rasakan wang itu milik kita kerana ia merupakan pinjaman dari Allah kepada kita untuk diuji bagaimanakah 'wang pinjaman' itu dibelanjakan, sama ada pada jalan kebaikan atau kejahatan. Dari itu, jangan merasa berat untuk menyumbangkan wang lebihan yang kita ada kerana gantian yang akan kita perolehi, seperti yang telah dijamin oleh Nabi s.a.w., pastinya lebih baik daripada wang ringgit yang kita keluarkan itu.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment