Sunday 5 August 2012

Ilmu Asas Kebaikan



  Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."


                                                                                                                      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Martabat hadith: Sahih


Keterangan:


   Tiada kebaikan bagi orang yang tidak memahami dan mempelajari kaedah-kaedah dan perkara cabang di dalam agama Islam.


Kesimpulan:


   Hadith ini menerangkan bahawa orang yang Allah s.w.t. mahukan kebaikan padanya adalah orang yang sentiasa mahu mencari ilmu dan sentiasa memperbaiki amalannya setelah memahami apa yang telah dipelajari. Nah, sekiranya kita mahu tergolong dalam golongan yang mendapat kefahaman yang baik tentang Islam maka kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Harus juga diberi penilaian yang baik dan tepat dari manakah sumber ilmu itu diambil kerana sumber yang kurang thiqahnya (tidak diketahui dan tidak boleh dipercayai) boleh memberi maklumat yang salah. Seterusnya menjejas keseluruhan amalan kita. Moga kita mendapat hidayah Allah s.w.t..


Wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment