Sunday 5 August 2012

Niat: Permulaan Segala Amalan


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."

                                                              (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Martabat Hadith: Sahih



Kesimpulan:

   Setiap amalan itu haruslah besertakan niat. Ianya boleh dalam bentuk lafaz atau dalam hati. Apabila rase tergerak atau terpanggil untuk melakukan sesuatu maka disitu telah ada niat. Bagi mereka yang mahu meyakinkan niat maka dibolehkan melafazkan niat tersebut.

  Hijrah disini pula bermaksud meninggalkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Dalam syara' bererti TAQWA iaitu meninggalkan segala larangan Allah dan berusaha melaksanakan segala perintah-Nya.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment