Sunday 5 August 2012

Tiga Perkara yang Dibenci oleh Allah s.w.t.


Daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah membenci kepada kamu tiga perkara: 'Dikatakan dan orang itu berkata', membuang harta dan banyak bertanya. "

                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Martabat Hadith: Sahih

Keterangan:

   Dari keterangan Sahih Muslim, yang dimaksudkan dengan 'Dikatakan dan orang itu berkata' adalah terlalu banyak membicarakan tentang perkhabaran manusia dan menceritakan suatu yang tidak bermanfaat.

   Membuang harta bermaksud membelajakan harta dengan cara yang tidak diluluskan oleh syari'at.

   Banyak bertanya pula bermaksud gemar menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak diperlukan.

Kesimpulan:

   Hadith ini mengajak kita supaya menjauhi tiga perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t.. Apabila perkara yang dibenci itu dilakukan maka ia sudah tentu mengundang kemurkaan Allah s.w.t keatas diri kita..Naudzubillahi Min Dzalik. Sebagai makhluk yang diciptakanNya seharusnya kita taat dan patuh dengan segala suruhan dan jauhi segala larangan agar mendapat Mardhatillah, kerana hanya dengan keredhaanNya sahajalah kita dapat masuk ke dalam Syurga.

   Soalan: "bukankah bertanya sekiranya terdapat keraguan itu tidak salah?"

   Jawapan: "benar, bertanya untuk menghilangkan keraguan sangat2 dianjurkan. Namun hadith ini melarang supaya menanyakan perkara yang remeh dan tidak berlaku tetapi sengaja ditanyakan."

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment