Sunday 5 August 2012

Kesempurnaan Syafaat Rasulullah s.a.w.


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat."

                                                                                    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Martabat hadith: Sahih

Keterangan:

   Dari buku Fathul Baari, maksud hadith ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mendoakan sedemikian pada umatnya. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia.

   Menurut Syarah Sahih Muslim, hadith ini menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu yang terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu.

Kesimpulan:

   اللهم صلي على محمد و على أله و أصحابه أجمعين

Ya Allah, berikan selamat dan sejahtera kepada Muhammad dan keluarga baginda serta para sahabat kesemuanya



   Hadith Sahih diatas ini menggambarkan kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w., bahawa nabi s.a.w amat kasih dan sayang pada kita. Beruntung dan bersyukurlah kerana dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi umat nabi Muhammad s.a.w.

   Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi dan rasul yang paling dikasihi Allah s.w.t. dan beliau diberi banyak keistimewaan tersendiri, antaranya adalah Syafa'tul 'Uzhma (syafaat yang paling besar) antara semua nabi dan rasul. Beliau dapat memberi syafaat pada siapa yang beliau kehendaki dari umatnya. Kita dapat menjadi antara orang2 yang dipilih untuk terima syafaah pada hari qiyamat nanti dengan selalu berselawat kepadanya. Setiap kali kita mendengar nama nabi Muhammad disebut, maka kita harus menyahut dengan berselawat.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment