Sunday 5 August 2012

SYUKURLAH ATAS NIKMAT ALLAH YANG TIDAK TERHITUNG


Firman ALLAH yang bermaksud:"Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" ( Ibrahim: 34 )
ULASAN AYAT :

1.Di dalam ayat ini, ALLAH SWT menceritakan tentang nikmatNYA yang tidak mampu dihitungkan oleh kita, diakhiri dengan ungkapan "manusia digambarkan sebagai sangat zalim dan sangat menginkari nikmat ALLAH " manakala "ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

2.Mengapa manusia digambarkan sebagai sangat zalim? Ini kerana kita menzalimi diri sendiri, kadang-kadang menzalimi orang lain dalam menggunakan nikmat ini. Kita juga zalim kerana tidak menggunakan kesemua pemberian ini dengan betul. Namun begitu ALLAH amat pengampun lagi Maha Penyayang. Sekiranya hamba yang zalim ini menyedari kesilapan mereka dan memohon ampun, maka ALLAH akan mengampuni kesalahan mereka. Itulah juga nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. DIA Maha Pengampun.

3.Sesungguhnya setiap apa yang dijadikan oleh ALLAH, boleh menjadi sumber untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA. Fikirkanlah tentang diri kita, bagaimana hebatnya kejadian kita, tapi kita tidak sedar. Itulah Kehebatan ALLAH SWT yang tiada tandingannya.

4.Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepada kita setiap waktu. Kesemua     nikmat ini diberikan secara percuma tanpa meminta apa-apa balasan daripada kita. Andai kita syukuri semua nikmat yang ALLAH beri tetap tidak akan pernah habis. Oleh itu wajarkan jika kita masih lagi tidak mahu menghambakan diri sepenuhnya kepada ALLAH?. Renung-renungkanlah. WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment